Make your own free website on Tripod.com

Majalah Mastika

Berita Minggu
Majalah Mastika | Dewan Kosmik | Dewan Kosmik2 | Dewan Kosmik3 | Berita Minggu | Berita Minggu2 | Berita Minggu3 | Berita Minggu4 | Majalah RIAS | Majalah RIAS2 | Mingguan Wanita | Mastika3 | Mastika2 | Mastika1 | Majalah Perempuan | Harian Metro | Dewan Siswa

Artikel akhbar - No. 1

Berita Minggu, Ahad, 3 September 2000
Ruangan Perspektif Perubatan

CVT SINGKAP RAHSIA PENYAKIT
Oleh Dr Norhisham Wahab

Setiap penyakit ada penawarnya kerana ia ketentuan Ilahi manakala manusia pula perlu mengkaji dan memehami ketetapan dan peraturan-Nya untuk menyingkap setiap rahsia. Percayakah anda ubat atau penawar sudah ada atau wujud dalam tubuh anda sendiri.

Rahsia penawar sesuatu penyakit itu berpunca daripada apa yang dilihat, dengar, fikir dan rasa iaitu melalui perbuatan mahu pun amalan. Itulah racun dan itulah juga penawarnya.

Penemuan saintis dalam pelbagai bidang sebenarnya diasaskan saintis Islam pada zaman kegemilangan Islam lagi. Penemuan dalam bidang perubatan seperti fizik, kimia, biologi dan matematik diperkemaskan olih saintis Barat sehingga mampu mencipta perubatan canggih ketika ini.

Bagaimanapun, penemuan itu hanya membabitkan pengaruh luaran walhal sesuatu perubatan itu menjadi lengkap apabila ia membabitkan kedua-dua pengaruh luaran dan dalaman.

Saya temui teknologi rawatan terbaru dan pertama di dunia, sebagai rawatan pelengkap terhadap perubatan moden yang sedia ada. Kajian asas secara perubatan terapi getaran warna (CVT) ini membongkar pelbagai rahsia ketetapan dan peraturan hukum alam. Ketetapan dan peraturan ini berkait rapat dengan unsur kejadian (hakikat) angin, api, air dan tanah yang bermula dari cakerawala sehingga ke bawah (bumi) dan kejadian manusia.

Dari istilah sains kimia keempat-empat unsur itu dikenali sebagai nitrogen, oksigen, hidrogen dan karbon manakala dari istilah fiziks dikenali sebagai cahaya, haba, kimia dan magnet. CVT mengkaji keempat-empat unsur tadi mengenai kedudukannya daripada cakerawala sehingga kebumi dari perspektif kimia dan fiziks yang tiada batasannya.

Segalanya dicipta oleh Pencipta alam ini dengan nilai susunan yang sangat halus lagi unik dan sukar untuk difahami oleh akal logik manusia kerana setiap suatu ciptaan itu mempunyai pengertian tersendiri. Ciptaan Allah ini disusuli dengan ketetapan dan peraturanNya. Jika berlaku sesuatu pencerobohan maka berlaku juga iktibarnya iaitu bencana atau penyakit sama ada kepada alam mahu pun kepada manusia.

Terlalu banyak berfikir tetapi masih juga berakhir dengan kekeliruan sebab penggunaan tenaga yang melebihi had yang menyebabkan organ dalam tubuh tidak lagi dapat menjalankan fungsinya untuk memproses zat makanan. Akibatnya makanan yang gagal diproses dengan sempurna menjadi racun yang akan membuatkan anda bertambah risau.

 

Rahsia mandian pati bunga Seri Wajah

Dari sudut konsep dan prinsipnya terdapat hubungan berikut di antara alam dan manusia. Alam adalah pengaruh luaran dan manusia itu sendiri adalah pengaruh dalaman manakala yang memegang kunci pengimbang ialah deria atau pancaindera. Derialah yang menjadi penganalisis maklumat tenaga yang masuk dan keluar daripada tubuh.

Deria ialah pengimbang yang cekap, terutamanya bulu roma. Kecekapan deria ini sebagai reseptor boleh dipastikan jika bulu roma atau kulit kita selalu basah dan tidak terdedah kepada udara kotor atau cahaya matahari yang keterlaluan. Dengan mengambil wuduk lima kali sehari sudah cukup untuk membuktikan Islam itu amat saintifik bagi menghormati rahsia keajaiban air.

Seri Wajah mengandungi pati bunga yang ditambah dengan getaran tenaga gelombang tinggi. Kita tidak perlu memilih dan memetik bunga untuk tujuan mandi bunga kerana masyarakat kita tidak diajar mengenali jenis bunga yang menjadi penawar atau pun sebaliknya. Tambahan pula, waktu dan cara memetik bunga juga perlu diketahui jika tidak getaran bunga itu berpindah bentuk dan tidak asli lagi. Umpamanya, kelopak bunga yang ganjil dengan warna penyakit, perlu disesuaikan untuk tidak mencernakan warna aura persekitaran tubuh yang sudah stabil. Kesilapan dalam penggunaan jenis dan warna bunga boleh membawa mudarat yang amat merugikan.

Penggunaan Seri Wajah yang konsisten mampu melegakan pelbagai masalah spiritual, emosi dan mental. Gelombang frekuensi tinggi yang amat laju yang terdapat dalam esen Seri Wajah ini membolehkan ia menstabil dan menjalankan fungsi organ dalaman ke tahap asal. Rasionalnya ialah penyakit kronik yang membabitkan kegagalan fungsi organ dapat dibina semula walaupun ia mengalami kerosakan tisu seperti kanser. Mandian dengan Seri Wajah pula akan menjana semula isyarat atau komunikasi tubuh secara dua hala iaitu perhubungan sistem endokrin dan sistem saraf.

Tahukah anda tubuh manusia juga memendam getaran dan tenaga warna? Untuk mengetahuinya, ikuti sambungan bahagian ini minggu depan.

Enter supporting content here