Make your own free website on Tripod.com

Majalah Mastika

Berita Minggu3
Majalah Mastika | Dewan Kosmik | Dewan Kosmik2 | Dewan Kosmik3 | Berita Minggu | Berita Minggu2 | Berita Minggu3 | Berita Minggu4 | Majalah RIAS | Majalah RIAS2 | Mingguan Wanita | Mastika3 | Mastika2 | Mastika1 | Majalah Perempuan | Harian Metro | Dewan Siswa

Artikel akhbar - No. 3

Berita Minggu, Ahad, 17 September 2000
Ruangan Perspektif Perubatan

MEMULIH GANGGUAN DALAM BADAN
Oleh Dr Norhisham Wahab

Setiap keluhan penyakit menunjukkan ketidakseimbangan tenaga di dalam diri manusia dan persekitarannya. Untuk penyembuhan bererti ketepatan diperlukan bagi mencari sasaran kawasan yang mengalami ketidaksembangan atau ketidakselarasan tenaga dan perlu digantikan dengan frekuensi tenaga sebenar.

Kekuatan formula Terapi Getaran Warna (CVT) berupaya meniru, merakam, menyerap dan memerangkap semula frekuensi tenaga persekitaran atau unsur kehidupan ke dalam bentuk getaran cahaya pada kadar dosis yang amat rendah, kecil dan halus sehingga boleh mencapai dan menyamai frekuensi tenaga dalam pecahan-pecahan zarah yang berkitar didalam tubuh manusia.

Kekuatan tenaga yang sebenarnya terletak pada kelajuan frekuensi sehingga tiada bandingan ukuran. Inilah yang memegang dan menguasai tahap atasan atau bahagian kerohanian seperti spiritual, emosi dan mental. Sebenarnya perkara meniru, menyerap, merakam dan memerangkap gelombang tenaga cahaya adalah perkara yang sukar diterima akal.

CVT percaya jika ubat masih mempunyai kandungan kimia, ia pasti akan meninggalkan kesan sampingan bagi setiap unsur. Kimia yang menyerap kimia akhirnya bertukar menjadi racun.

CVT memegang prinsip, tubuh manusia adalah kesatuan tenaga yang mempunyai keajaiban dalam suatu kuasa ghaib yang amat sukar diukur, dilihat, dirasa tetapi mempunyai ukuran tersendiri.

CVT mempunyai teknik mengenalpasti latar belakang pesakit dengan melihat kepada aspek keseluruhan seperti,

  • Tahap psikologi dan personaliti.
  • Pola hidup.
  • Pola tidur.
  • Persekitaran dan kedudukan rumah.
  • Pengalaman atau kejutan lama.
  • Kemalangan lama yang dilupakan.
  • Faktor cuaca.
  • Ransangan tenaga berlebihan.
  • Keluhan dan tekanan berterusan.
  • Jenis rawatan lama dan terdahulu.
  • Corak dan masa kesakitan.
  • Suhu tubuh di bahagian luar dan dalam.
  • Amalan pemakanan.
  • Alahan atau amat sensitif.
  • Cara buang air besar atau kecil.
  • Gejala atau kesan.
  • Keturunan.
  • Hubungan seksual suami isteri.
  • Warna, rumah dan bilik tidur.

CVT menganggap kuasa atau tenaga rawatan disifatkan sebagai anggota tubuh pada setiap organ itu sendiri. Contohnya, jika hati yang rosak atau sakit, maka hati itu akan bertindak sebagai jentera canggih yang akan merawat sel di dalam tubuhnya. Organ lain yang berkaitan perlu diberi ransangan serentak agar ia dapat berfungsi. Dalam hal ini rawatan itu sendiri harus menyeluruh.

‘Penyakit yang dikatakan racun itulah juga penawarnya’. Untuk menjadikan racun sebagai penawar maka dosisnya perlu diperkecilkan untuk mewujudkan getarannya saja. Menutup atau menyelimuti bahagian yang sakit supaya tidak terdedah kepada udara dan gelombang buruk akan mempercepatkan lagi rawatan dan mengurangkan kesan tidakbalas sebelum penyembuhan sepenuhnya.

Penggunaan getaran tenaga Seri Wajah dengan konsep hidroterapi tidak menganggu atau memberi kesan tindakbalas kepada bahagian tubuh yang sihat. Ini bermakna, mereka yang sihat akan menjadi imun kepada getaran yang tidak diperlukan. Rawatan getaran tenaga atau Aroma Therapy Vibration hanya memberi kesan kepada tubuh yang mengalami gangguan ketidakseimbangan tenaga dalaman saja.

 

Enter supporting content here