Make your own free website on Tripod.com

Majalah Mastika

Majalah RIAS2
Majalah Mastika | Dewan Kosmik | Dewan Kosmik2 | Dewan Kosmik3 | Berita Minggu | Berita Minggu2 | Berita Minggu3 | Berita Minggu4 | Majalah RIAS | Majalah RIAS2 | Mingguan Wanita | Mastika3 | Mastika2 | Mastika1 | Majalah Perempuan | Harian Metro | Dewan Siswa
Artikel Majalah RIAS - No. 2

Majalah RIAS - September 1999
Ruangan Kecantikan

Miliki Seri Wajah Pengantin 
Oleh: Azimah Omar

Setiap pengantin harus kelihatan berseri. Mungkin sebab itulah para tetamu ingin menatap wajah pengantin untuk melihat betapa ‘berserinya’ dia. Jika tidak, mereka akan menyangka yang bukan-bukan – warna baju tidak sesuailah, gaya solekan tidak menyerlah wajah atau mak andam tidak pandai…….

Anda sendiri boleh berusaha untuk kelihatan berseri. Satu keadah terkini yang boleh anda cuba di rumah ialah set Seri Wajah, rumusan ciptaan Dr. Norhisham Wahab dari Colour Vibration Therapy. Amalan Seri Wajah dikatakan sungguh mudah diikuti dan berkesan menyerlahkan penampilan si pengamal.

Set ini mengandungi sebotol pencuci muka dan sebotol minyak aromatherapy. Selepa mencuci muka dengan pencuci tea tree , campurkan satu titis minyak aromatherapy kedalam semangkuk air yang telah diletak seketul ais supaya sejuk. Sapu pada seluruh muka, anda dapat cium baunya yang harum. Anda pasti berasa ceria.

Kini anda tidak perlu lagi mencari dan memetik bunga-bunga tertentu pada bulan mengambang supaya lebih berkesan. Yang seronoknya anda boleh melakukan mandi bunga pada bila-bila masa! Namun waktu malam didapati lebih berkesan kerana kulit menjadi deria paling penting ketika ini untuk proses membaik pulih menerusi bulu roma sebagai penerima rangsangannya. Menurut Dr. Norhisham terdapat satu medan getaran tinggi dipanggil cahaya dalaman bagi membongkar rahsia ‘ warna dalaman’. Inilah seri anda.

Set Seri Wajah dirumus secara saintifik di dalam makmal untuk merangkap getaran tenaga bunga waktu bulan mengambang, kata Dr. Norhisham. Ia kemudian diuji secara dermatologi, dengan tahap risiko yang amat kecil. Bahan pelembab pengandungi liposome yang menyerap jauh kedalam lapisan-lapisan kulit atas. Ia mampu merangsang vitamin dan asid amino bagi melembap, melindungi dan membaharui kulit secara maksimum. Ia mengandungi 1,001 kegunaan bagi mereka yang tahu rahsia di sebalik misteri gelombang tenaga getaran bunga-bungaan.

Seri Wajah mampu merangsang hormon kecantikan yang terpendam dalam bahagian kesuburan wanita dan lelaki. Rahsia kegelapan malam dengan sinar UV bertindak merangsang hormon melalui sel-sel kulit muka semasa tidur. Tenaga getaran bunga-bungaan yang diberi rangsangan yang sama frekuensi dengan sistem otak mencapai tahap hormonis bagi sistem tubuh berfungsi ke paras optimum.

Enter supporting content here