Make your own free website on Tripod.com

Majalah Mastika

Majalah Perempuan

Majalah Mastika | Dewan Kosmik | Dewan Kosmik2 | Dewan Kosmik3 | Berita Minggu | Berita Minggu2 | Berita Minggu3 | Berita Minggu4 | Majalah RIAS | Majalah RIAS2 | Mingguan Wanita | Mastika3 | Mastika2 | Mastika1 | Majalah Perempuan | Harian Metro | Dewan Siswa
Artikel Majalah Perempuan  - No. 1

Februari 2002 - Ruangan Seks & Perkahwinan

'Kebahagian Seksual Penawar Segala Penyakit' - Dr Norhisham
Oleh Zainora Zakaria

Perasaan kasih sayang adalah satu anugerah Allah yang tidak ternilai. Salah satu faktor utama yang menyuburkan kasih sayang adalah melalui hubungan seksual pasangan suami isteri. Hubungan seksual suami isteri yang disertai dengan perasaan kasih sayang juga adalah juga suatu rawatan semulajadi yang sediada dalam diri untuk kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual, demikian menurut Dr. Norhisham Wahab pakar pengamal perubatan 'Gelombang dan Warna' (Colour Vibration Therapy).

Kepuasan seks yang dinikmati oleh setiap pasangan ternyata mempunyai satu keajaiban dalaman seseorang. Ia mampu menghindari masalah tekanan, sakit kepala, marah, malah memberikan keceriaan dan penampilan serta rahsia awet muda.

Ketidakpuasan dalam hubungan seksual mendatangkan pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan perasaan, kemurungan, kedinginan, sukar tidur, mudah marah, migraine, kelesuan, tiada mood dan secara tidak langsung memberi kesan negatif terhadap kasih sayang serta kebahagiaan sesebuah rumah tangga.

Dari sudut psikologi, anak yang lahir hasil hubungan suami isteri yang tidak disertai perasaan kasih sayang akan mewarisi nilai-nilai negatif seperti tidak menghormati dan mengasihi ibubapanya.

Justeru itu hubungan seksual antara suami isteri jangan diambil mudah atau dilakukan kerana terpaksa disebabkan bebanan tanggungjawab sebagai suami atau isteri.

"Jika salah saorang mempunyai masalah, pupuk dan rawatlah diri anda untuk menerima kenikmatan hubungan seks dengan tahap maksima kerana melalui hubungan seks anda akan menikmati kebahagian rumah tangga yang sebenarnya" kata Dr Norhisham.

Selain suami yang banyak memainkan peranan untuk membangkitkan ghairah, isteri juga turut berperanan menentukan kebahagian rumah tangga. Bukan sahaja bijak menguruskan rumah dan mendidik anak, isteri juga perlu bijak memikat suami melalui hubungan seksual dengan rangsangan yang mampu membangkitkan ghairah dan memberikan kepuasan kepada suami.

"Hubungan seks adalah kepuasan yang cukup unik bagi setiap pasangan suami isteri. Faraj dan zakar adalah bahagian organ manusia yan mudah sensitif dan terangsang. Namun jika gagal, seks menjadi hampa dan pasti ada yang kecewa dengannya malah menyakitkan wanita serta menghantui perasaan kedua pasangan untuk mengulanginya" katanya lagi yang berpendapat seks bukanlah sesuatu yang menyakitkan jika suami dan isteri tahu peranan masing-masing dalam melakukan hubungan seks.

 > Tubuh sihat dengan melakukan seks.
Menurut Dr. Nirhisham, dengan melakukan seks dan ketika mencapai kenikmatan yang diingini oleh pasangan, ia adalah satu cara untuk melahirkan tubuh yang sihat. "Dalam badan kita terdapat bermacam 'racun' yang tidak diperlukan oleh badan. Justeru itu apabila melakukan seks baik wanita atau lelaki mereka akan menggunakan segala tenaga dalam badan ketika ingin mencapai klimaks. Jadi tenaga yang 'dibuang' itu secara tidak langsung telah membuang segala bahan dalam badan yang tidak diperlukan. Oleh itu selepas sahaja selesai melakukan hubungan seks, kita akan mendapati sakit kepala atau rasa tidak puashati atau tekanan tidak ada lagi. Dan bagi saya keadaan ini akan bertambah bertambah berkesan jika kedua-dua pasangan melakukannya dengan rasa penuh kasih sayang dan bukannya dalam keadaan terpaksa atau dipaksa" tegas Dr. Norhisham yang percaya kesihatan seseorang boleh dinilai daripada hubungan seksual seseorang.

 

> Alga Love Oil memberi nafas baru kepada isteri, buat suami tersenyum selalu.
Apabila sistem seksual seorang wanita terganggu atau tidak stabil kerana faktor pemakanan, penjagaan kebersihan dan sebagainya, berkemungkinan besar sistem seksual lelaki akan turut mengalami gangguan, seterusnya menjejaskan hubungan seksual kedua-duanya. Oleh itu, setiap wanita perlu memastikan sistem seksualnya berfungsi dengan baik agar masalah kesihatan kedua-dua pihak dapat diatasi.

Kahadiran Alga Love Oil dengan ekstraks asli 100% alga (sejenis rumpai dasar laut yang dipertenagakan denga rakaman gelombang infrasonik - menyamai gelombang di bahagian kelenjar pineal dalam otak) dapat membantu memulihkan dan meningkatkan kepekaan sel-sel saraf di bahagian alat kelamin supaya tidak merosot dengan peningkatan usia.

Produk yang berkonsepkan kesihatan melalui seksual ini adalah yang pertama di Dunia seumpamanya dan bakal menjadi pilihan utama pengguna di Malaysia untuk meningkatkan sistem immuniti, mengatasi tekanan emosi, haid tidak menentu, senggugut, keputihan, kelesuan, tekanan darah tidak normal, imsonia, memlihara rambut dan sebagainya. Ia juga berupaya membantu membaikpulih hormon kesuburan bagi membantu pasangan yang masih tidak mempunyai anak atau anak yang lahir selalu mengalami kecacatan.

Inilah hakikat kesuburan pada wanita. Adalah tidak wajar untuk terus mempersalahkan lelaki kerana kromosom XY yang dimilikinya hanya untuk menentukan jenis jantina bayi.

Selagi formula rawatan kesuburan hormon tiruan yang anda amalkan tidak dapat merangsang sistem kelenjar pineal, maka selagi itulah anda tetap tidak berjaya untuk tujuan tersebut.

Kelenjar pineal adalah terletaknya rahsia mahkota kesuburan pada wanita. Formula ciptaan terbaru ini dengan teknologi tercanggih merakam gelombang spiritual bunga-bungaan dapat merangsang kelenjar pineal